发布网友 发布时间:2022-04-22 00:45
共1个回答
热心网友 时间:2024-07-12 23:59
是Tun Abl Razak 吧?
是要做PMR 的project 吗?
Allahyaraham Tun Abl Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kea yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
Jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-2
Tempoh khidmat 22 September 1970 - 14 Januari 1976
Timbalannya Tun Hussein Onn (1970 - 1976)
Menurut Tunku Abl Rahman Putra Al-Haj
Diganti oleh Tun Hussein Onn
Parti politik UMNO
Tarikh lahir 11 Mac 1922
Tempat lahir Pekan, Pahang
Tarikh kematian 14 Januari 1976
Tempat kematian London, England
Isteri Tun Rahah Tan Sri Noah
Pekerjaan Peguam
Agama Islam
Kehipan peribadi
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abl Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.
Abang ipar Abl Razak, Tun Hussein Onn, ialah warisnya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Najib bin Tun Haji Abl Razak, menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam pentadbiran Abllah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2004. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.
[Sunting]
Pendidikan
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abl Razak bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.
Selepas peperangan, Abl Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau menjadi ahli Parti Buruh British dan juga merupakan salah seorang pemimpin Persatuan Pelajar Melayu Britain. Bersamping itu, Abl Razak juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abl Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.
[Sunting]
Kerjaya politik
Selepas kepulangannya, Abl Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, Abl Razak berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abl Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abl Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abl Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British.
Selepas pilihan raya umum 1959, Abl Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar bersamping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abl Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada September 1970, Abl Razak mewarisi Tunku Abl Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kea.
Abl Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kea" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. NEP menetapkan a sasaran yang asas:
mengurangkan dan pada akhirnya, menghapuskan kemiskinan; dan
mengurangkan dan pada akhirnya, menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.
Abl Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian oleh leukemia, Abl Razak meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan
Garis masa
1922: Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 11 Mac.
1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
1953 (umur 31): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abl Rahman.
1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abl Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar.
1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abl Razak sebagai ketuanya.
1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kea pada September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan di kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.
1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang tersingkir pada 1969, kembali ke pangkuan Umno.
1976 (umur 54): Meninggal nia akibat leukemia di London pada Januari. Dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
参考资料:http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Abl_Razak_Dato'_Hussein